Saturday, 19 November 2011

Tujuh Keajaiban Alam Sekitar Dunia

    Sumber : Gambar
     
    1. Hutan Hujan Amazon
    Berkeluasan tujuh juta kilometer persegi meliputi sembilan buah negara dengan sebahagian hutan berada dalam negara Brazil. Negara-negara lain antaranya ialah Peru, Colombia, Venezuela dan Ecuador.
    Sumber : Gambar
    1. Terusan Halong
    Terletak di Vietnam, terusan ini mempunyai kepanjangan 120 kilometer. Ia turut meliputi bukit-bukit dan gua selain menyimpan sebanyak 200 spesies ikan.
    Sumber : Gambar
    1. Air Terjun Igauzu
    Terletak di sempadan negeri Parana di Brazil dan wilayah Misiones di Argentina.
    Sumber : Gambar
    1. Pulau Jeju
    Pulau gunung berapi ini terletak 130 kilometer dari laut Korea Selatan. Ia mempunyai kawasan permukaan seluas 1,846 kilometer persegi manakala pusatnya ialah Hallasan, gunung tertinggi di Korea Selatan iaitu 1,950 meter di atas paras laut.
    Sumber : Gambar
    1. Pulau Komodo
    Terkenal dengan spesies biawak komodo. Pulau ini terletak di Kepulauan Nusa Tenggara. Di pulau ini, biawak Komodo hidup dan membiak dengan baik. Statistik tahun 2009 menunjukkan sebanyak 1,300 ekor Komodo berasa di sini.
    Sumber : Gambar
    1. Sungai bawah tanah Puerto Princesa
    Taman Negara Sungai bawah tanah Puerto Princesa terletak kira-kira 50 kilometer dari utara kota Puerto Princesa, Palawan, Filipina. Ia mempunyai sungai bawah tanah sepanjang 8.2 kilometer.
    Sumber : Gambar
    1. Gunung Table
    Gunung yang menjadi ikon Afroka Selatan ini merupakan gunung berpuncak rata berketinggian kira-kira 1,086 meter dan bertahan daripada hakisan selama enam juta tahun serta mempunyai lebih 1,470 spesies flora.
    Sumber : Kosmo 18/11/2011 Organisasi : Yayasan New7Wonders

No comments:

Post a Comment