Sunday, 13 November 2011

Aku Maafkan Kamu


Sumber : Encek Google

Pertama kali mendengar lagu ini di mainkan dicorong radio Hotfm, terus jatuh suka. Aryana sendiri kurang pasti, samada jatuh suka pada suara Jamal Abdillah atau rangkap Ada teratak di hujung kampung.Bawah cermin kopak ada kotak. Tersembunyi dalamnya ada tempurung.Sembunyi bawahnya katak melalak. Suara Jamal memang tak dapat dinafikan sesedap kurma itu. Lirik ini sedikit lucu tapi penuh makna tersirat.


Lirik lagu Aku Maafkan Kamu - Malique & Jamal Abdillah



Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak


Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil


Bahasa dia tinggi sikit, sampai Aryana sendiri tidak faham apa itu daktil??
Mungkin rangkap ini ingin menceritakan mengenai sifat manusia. Buang yang keruh ambil yang jernih ?? Betul ke interpretasi ni. Agak je. Hehe.

Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni


Rangkap ni sangat mendalam, sampai tidak tercapai akal.
 
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Rangkap ini, rasa macam faham. Tentang perkongsian idea tapi tidak dapat diusulkan pada saluran yang betul. Ini pendapat Aryana je.


Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam


Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu


Ini tentu sekali tentang amalan hidup dan pertimbangan akhirat. Cerita neraka bagai. Betul tak ??

Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa


Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati


Bahagian ni, sedikit sedih. Ya sedih pada mereka yang tidak dibimbing ke jalan yang benar. Sedih mereka masih tidak mencari ilmu. Nak kata ibubapa yang tidak mendidik. Mungkin ??
Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

Sebut je ahli sihir, tak tau. Ini tentu pasal syirik. Dia minta kita berfikir secara waras berlandaskan agama. Mereka mula kiri(rumi), aku kanan bila baca(jawi)
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Kesimpulannya, lagu ini mencerita hal agama, politik dan bangsanya sendiri. Tunggu kita untuk memahami dan membaiki diri. Jangan jadi katak bawah tempurung.



No comments:

Post a Comment