Sunday, 20 November 2011

Aku Tak Bodoh






Mungkin cerita ni dah lama keluar, tapi saya baru jer menonton. Jarang saya nak jatuh suka pada filem. Bukan setakat filem Melayu, Inggeris pun belum tentu akan tonton sampai habis. Mungkin minat saya bukan pada media elektronik. Buktinya, saya memang jarang menonton tv. Melainkan sangat bosan dan time lepaking bersama family.

Saya nak cerita yang kenapa saya suka filem 'Aku Tak Bodoh'.
1# Dimulakan dengan gaya penceritaan oleh watak utama. Antara diolag dia.
"Nama aku Jeffri. Umur aku 8 tahun. Aku tak bodoh. Kebanyakan subjek aku dapat markah 70 ke atas. Tapi orang dewasa tak pernah puji. Apesal hah ??"

2# Babak ketidakhadaman ucapan/nasihat ibubapa kepada anak-anak dipaparkan dalam bentuk imaginasi di mana alphabet keluar dari mulut dan berterbangan masuk ke telinga kanan dan keluar di telinga kiri. Kelakar.


Jeffri dan Roy mendengar bebelan ibu dan nenek





Sudin sedang mengeluarkan semula bebelan ayahnya.
Unikkan ??
3# Babak, ayah(Riezman) dapat kad ucapan hari ulang tahun kelahiran. Signifikan pada apa yang dibuat setiap malam, melihat anak sebelum dia masuk tidur. Jeffri lukis gambar hitam membayangkan ayahnya ketika masuk ke bilik mereka setiap malam. Kenyataan kan ??

Scene : melihat kad ucapan hari lahir untuk papa
Masing-masing pick up handphone termasuk orang gaji ^_^

Fatin dipaksa makan nanas untuk menggugurkan 'kandungan'

Pengetua disogokkan dengan saguhati demi pelajaran Sudin

Babak ini, comel

Kredit kepada Boris Boo yang telah berjaya membuatkan saya menulis tentang "Aku Tak Bodoh"


No comments:

Post a Comment