BBQ Land & Steamboat Buffet
Teringin nak pergi..
Friday, 11 May 2012
Tuesday, 8 May 2012
Konvo
Sekarang minggu istiadat
konvokesyen UPSI...Majlis istiadat di Kampus baru manakala pesta di
Kampus Lama. Khabarnya, pesta tak semeriah seperti uni lain. Sekadar
pelengkap agenda. Ntah ler..aku tak berminat nak pergi hasil dari
cakap-cakap orang dan pandangan luar pagar UPSI kelihatan tiada apa-apa
yang menarik. Setelah merujuk jadual program pun masih belum mampu
menarik minat aku. Tak pe..bagi pihak penganjur harap dapat berusaha
lebih gigih pada masa hadapan untuk buat yang lebih meriah.
Cerita
pasal istiadat konvo ini, teringat masa aku konvo dulu. Tak best. Bukan
sebab tak dapat naik pentas ke hapa..Aku masih berpeluang npakai jubah,
naik pentas, jumpa Laxamana. jumpa kawan-kawan. Yang tak bestnya..aku
tak sempat berjimba dengan kawan-kawan. Ah..momen yang tak dapat diulang
semula...sama-sama lambung topi ijazah...lompat tak tinggi. dapat
jambangan bunga. Aku ?? dah le bunga tak dapat...nak bergambar berjimba
dengan kawan-kawan lepas konvo pun tak sempat..dengan keluarga pun ngak
hado..sedih tak ?? Mau menyesal sepanjang hidup..Abeh jer majlis, family
terus ajak balik. Alasan penat. Aku ?? Geram <dalam hati jer>
Tak
tau ker...aku tunggu bertahun-tahun untuk grad dalam tempoh masa yang
ditetapkan. tak de extend ok !! Langsung tak dihargai. Sedih
wow..atleast ade la gambor aku nak tunjuk untuk anak cucu esok..ke aku
memang ditakdirkan takde masa nak tunjuk semua itu ??
Yang
penting sekarang..bila aku teringat balik momen tu..aku memang sedih.
boleh keluar air mata tahu..Bayangkan orang lain...dapat jambangan
bunga...senyum-senyum tangkap gambar reramai. aku dok kalut nak
balik..muka takyah kira la..masam kemarahan...Sedih ooooooo...
Saturday, 28 April 2012
Senandung Semalam
Stesen
keretapi Sungai Petani
Dia
sekadar memakai t-shirt buatan Siam dan jeans lusuh yang entah apa jenamanya.
Beralaskan
selipar tesco berharga tiga ringgit lima puluh sen. Tergalas dibahu sebuah
bagpack berjenama muka utara < The North Face> hasil rembatan ketika sesi
jelajar Kemboja dua tahun lepas. Ya, dia
sememangnya berasal dari utara semenanjung Malaysia. Tidak lupa jaket yang
dibeli di Bandung ketika lawatan ke Indonesia yang ditaja penuh oleh universiti
ketika empat tahun lepas. Lusuh tapi cukup membantu ketika cuaca sejuk
mencengkam tulang sumsum.
Ketika
ini, dia sedang berbaring enak di atas katil empuk < ya empuk jika
dibandingkan katil di kolej kediamannya sekarang>
Sambil
telinga disumbatkan earphone yang tidak berjenama. Faham sajalah jika buatan
china. Ehem..Lagu berputar secara random. Mulanya Najwa Latif- Cinta Muka.
Kepala yang disarung tudung ekspres kelihatan terangguk-angguk kecil. Kemudian
diselangi dengan Surah Al-Mulk. Terus terkaku. Bibir mulus itu kelihatan
bergerak kecil. Mungkin sedang cuba mengikut bacaan qari/qariah itu. Britney
Spears- Toxic menggantikan surah Al-Mulk. Kepala terangguk kecil. Begitulah
seterusnya pergerakkan kecil yang dapat diperhatikan pada dia yang melayan lagu
sendiri. Menikmati perjalanan menggunakan keretapi tanah melayu.
Badan
dibaringkan. Kepala terletak elok di atas bantal. Selimut nipis hak milik KTMB
ditarik ke paras bahu. Langsir dibiar separuh terbuka dihujung kaki supaya
terasa penghawa dingin. Telinga masih disumbat dengan earphones. MP5 setia
memainkan lagu-lagu yang disimpan. Mata tertutup perlahan. Selamat malam semua.
Tuesday, 17 April 2012
Wednesday Rainy
Hari ini, kelas enam berterusan. Namun lebih baik dari semalam, lima satu lima.
Penat dan tiada mood. Selesai kelas hujan turun. Batal semua perancangan selepas kelas.
Kononnya nak sibukkan diri dengan majlis ilmu di Bitara Siswa dengan Ustazah Zawiyah, kemudian menyelit dalam majlis 66 tahun RTM di SITC.
Mood yang sememangnya diparas bawah ditambah dengan hujan yang lebat sememangnya tidak menggalakkan pergerakan secara berjalan kaki yang kondusif. <caish...semua nak kondusif>
Keputusan, balik rumah dan rehat <baca : tido>
Sampai di rumah, sunyi. <tidak berpenghuni>
Masuk bilik. Ragu. Tengok tingkap terbuka luas. Di luar masih hujan. Hujan selebet-lebatnya.
Ingatan aku mengimbau kenangan pagi tadi sebelum ke kelas.
Rasanya dah tutup tingkap. Pasti !
Aduyai, siapa la yang buka dan tak tutup ni ?? <tentulah orang sebilik kan. buat tanya lagi>
Separuh tilam aku basah. Mood yang tak seberapa molek terus merangsang tekanan darah. Geram.
Sabar. Solat. Tido.

Wednesday, 14 March 2012
Friday, 24 February 2012
Amalan hijau untuk kehidupan lebih baik
Sumber ::
Utusan Malaysia Online - Kesihatan
BAGI kebanyakan orang, ketibaan tahun baharu bermakna membuat azam baharu dan Nadia ialah antara mereka yang menanam azam sedemikian.
Pada satu majlis makan malam baru-baru ini, Nadia berkongsi cerita dengan rakan dan tetamu semeja yang beliau telah mencapai satu daripada azam tahun baharunya.
"Cepatnya? Baru masuk Februari," kata seorang teman yang mendengarnya.
Nadia, pekerja swasta berusia 45 tahun, berkata, azam tahun baharu 2012 beliau hanya dua - pertama untuk mengurangkan bil elektrik rumahnya yang tinggi setiap bulan dan kedua mengutamakan amalan hijau bersama keluarga.
Beliau nekad untuk berjimat kerana merasakan suatu pembaziran apabila bil elektrik rumah dua tingkatnya yang dihuni enam orang, mencecah sehingga angka RM500 sebulan.
Beliau dan suami bekerja di siang hari dan anak-anak bersekolah. Yang ada di rumah sepanjang hari hanyalah pembantu rumah.
Melalui internet beliau mencari maklumat cara menjimatkan elektrik yang terbaik.
Oleh itu bermula Disember 2011 dan memasuki tahun baharu, beliau memastikan kipas angin lebih banyak digunakan di rumahnya daripada alat pendingin hawa.
Jika keluarga menggunakan pendingin hawa sekali sekala, Nadia memastikan suhu ditinggikan kepada 23 darjah Celcius. Beliau memasang pelindung matahari pada tiga unit pendingin hawa di rumahnya. Daripada maklumat yang diperolehinya, langkah itu boleh menjimatkan elektrik.
Nadia turut memastikan anak-anaknya diajar supaya mematikan suis lampu dan kipas setiap kali keluar bilik. Mereka diingatkan supaya menanggalkan plug peralatan elektrik yang tidak digunakan.
Pembantu rumah pula, katanya, diingatkan supaya lebih kerap membersihkan peralatan elektrik terutama yang ada alat penapis, dan memastikan peti sejuk tidak sarat dengan muatan dan tidak menyimpan makanan panas di dalamnya.
Ketika hendak memasak atau menyediakan makanan, pembantu rumahnya akan mengeluarkan segala bahan yang diperlukan dari peti sejuk kerana Nadia melarangnya membuka dan menutupnya terlalu kerap.
"Setiap kali pintu peti ais dibuka, kira-kira 30 peratus udara sejuk akan keluar," katanya yakin.
Nadia juga melarang pembantunya menggunakan mesin pengering pakaian sebaliknya menjemur semua baju di bawah cahaya matahari. Beliau turut memastikan suis monitor semua komputer riba dimatikan bila tidak digunakan, begitu juga televisyen.
Nadia membuang tabiat meminta pembantu menggosok pakaian setiap kali beliau suami isteri mahu ke pejabat, atau ke mana-mana majlis. Begitu juga baju anak-anak, akan ditimbunkan dan digosok sekali gus oleh pembantunya.
Nampak cerewet bukan? Tetapi semua teknik itu berkesan mengurangkan penggunaan elektrik.
Bila bil elektrik untuk Januari diterima, Nadia terkejut gembira kerana kadarnya jauh berkurangan daripada biasa. Sebab itu di meja makan malam itu, beliau mengisytiharkan satu daripada resolusi tahun baharunya telah tercapai.
Tip berjimat Nadia, bukanlah sesuatu yang baharu. Tetapi telah banyak dicadangkan oleh pakar dan Tenaga Nasional Berhad sendiri. Walaupun tidak semua yang dicadangkan itu, diamalkan Nadia, tetapi secara asasnya langkah penjimatan yang beliau lakukan ada kaitannya dengan amalan hijau yang mahu dilaksanakan beliau.
Sebelum ini Nadia dan keluarga tidak membiasakan diri menutup segera suis peralatan elektrik selepas digunakan. Ia membuatkan peningkatan tenaga elektrik di rumahnya.
Setiap mod sedia alat elektrik (lampu neon berwarna hijau atau merah yang biasa dilihat pada komputer dan televisyen) menyumbang kepada pembaziran. Begitu juga screen saver di komputer.
Mengikut kajian, kebanyakan komputer menggunakan dua kali ganda elektrik untuk menyalakan skrin. Jika seseorang itu mahu menjimatkan penggunaan elektrik, dia boleh menetapkan screen saver kepada tiada, atau skrin kosong.
Amalan-amalan kecil yang dilakukan, umpamanya kitar semula, menggunakan peralatan cekap tenaga dan mengamalkan penjimatan elektrik dan air boleh mengubah kehidupan seseorang.

Wednesday, 22 February 2012
Selamat Hari Kesyukuran
Hari ini hari ulang tahun kelahiran saya yang ke 20+. (cess tak nak ngaku umur dah bertambah).
Jika diimbas kembali pada hari kelahiran aku yang sebenar, ketika menjelang tengahari mak dihantar ke hospital oleh ayah. Admit. Mak tumpah darah. Tumpah darah di sini bukan bermaksud darah dalam timba pastu timba tu terbalik ke hape ye..Sila bertanya pada yang berpengalaman. Encek google pun boleh jawab. Pastu mak kena tambah darah dan prosedurnya haruslah mengambil darah saudara terdekat. Jika nan hado barulah merujuk ke tabung darah. Atau pun buat timbal balik. Ambik darah tabung pastu bayor balik dengan darah saudara-mara.
Demi kasih dan cinta pada emak, ayah dengan rela paksanya menyumbangkan darahnya. Ayah takut jarum. Keje je dengan Kementerian Kesihatan. Ambik darah sendiri pun nervous. Malangnya darah ayah kotor. Tu la, tak pernah period. Mana darah kotor nak keluar. Hehehe..Sebenarnya, ayah perokok. Mungkin kesan dari merokok la tu.
Tiba-tiba jer, keadaan menjadi kritikal. (sebab utama aku tak tau) Pihak hospital terus sorong emak masuk ambulan dan hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (yang lama tau).
***
Pendek cerita, aku keluar melihat dunia selepas azan asar. Tau ker orang yang dilahirkan pada waktu petang perangai dia cam mana ?? Nanti aku story ek.
p/s : Nak pi Kuala Lumpur cari hadiah harijadi untuk diri sendiri. Huhuhu
Monday, 20 February 2012
Hari Pertama Masuk Kelas
Isnin. Kelas akan bermula jam 2. Maka pagi-pagi boleh bersenang-lenang di atas katil. Sementara orang lain sibuk mandi dan bersiap ke kelas. Pukul sepuluh bergerak menuju ke kampus lama. Menapak ke Pusat Kesihatan. Ada la dalam limabelas minit. Aku rasa sebulan duduk sini memang boleh turun lima kilo paling kurang.
*****
Pukul dua menuju ke kelas. Kurang lapan minit sudah sampai dewan kuliyah dalam keadaan tergopoh-gapah. Masuk jer, terus pandang depan dan tengok whiteboard itu.
Dewan Kuliah Pusat baru |
Boleh nampak ker ?? Tertulis yang kelas batal. Sekian.
*****
Sunday, 19 February 2012
K.H.A.R
Hari ni bertolak ke Tanjung Malim. Sebelum bertolak pergi ke sekolah buat pengesahan salinan dokumen dan saksi perjanjian. Hush..sekali tersilap cop dan tandatangan. Terus down. (ok, aku yang excited mengecop). Habis la borang perjanjian aku. Sure kena reject. Huwargg !!!
Balik rumah, angkut barang masuk kereta terus jalan. Isu borang perjanjian tersilap cop esok kita fikir. Sekarang gerak dulu, karang lambat plak sampai. Sampai je kolej terus kemas bilik, sapu sawang, mop lantai, susun baju, basuh bilik air. Housemate belum balik. Tak kenal pun lagi..yang ada hanya baju mereka bersidai di ruang tengah.
Permandangan luar dari balkoni rumah |
Permandangan ke bawah dari balkoni. |
Sekitar ruang lingkup bilik |
Sekitar ruang lingkup rumah |
Friday, 17 February 2012
Aku melangkah selangkah ke upsi
backdated entry ::
11 Feb 2012
Aku bertolak ke Tanjung Malim dengan menumpang seorang kenalan yang turut mempunyai misi yang sama dengan ku; mendaftarkan diri sebagai pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada keesokkan harinya. Kamu hanya berdua ditemani bag roda masing-masing di tempat duduk belakang dan bonet kereta. Tanpa fizikal ibubapa mahupun saudara mara. Tetapi aku yakin, mereka bersama menghantar kami dalam doa.
Tiba di Tanjung Malim 5 petang, terus menumpang di homestay yang disewa oleh seorang yang aku tidak kenal merangkap kenalan kepada kenalan aku ini. Sungguh baik hati beliau menumpangkan kami secara percuma. Bukan setakat tempat tidur, malah disediakan makan pada waktunya. Sungguh bertuah kami berdua. Semoga tuhan melimpahi rahmat ke atas mereka.
Jeles aku dengan beliau, hanya dia seorang yang akan mendaftar besok tetapi tiga buah kereta saudara mara datang untuk menghantar. Pergh..
12 Februari 2012
Biarpun sesi aku pada pukul 12 tengahari, aku tetap bersiap awal. Gara-gara mendapat mesej dari no 15888
"MAKLUMAN.Kesesakan bakal berlaku ditempat pendaftaran Kolej Za'ba. UPSI mencadangkan kendereaan pelajar/ibubapa diletakkan di Padang Kawad Kampus Baru."
Tapi apa kaitan dengan aku ?? Aku mendaftar di Kolej Harun Aminurashid(KHAR). So, abaikan. sebab selepas beberapa minit menyusul mesej ralat.
Alhamdulillah, pendaftaran berlaku dengan cepat tanpa sempat untuk lenguh kaki atau panas bontot. Tahniah pihak pengurusan KHAR. Cepat dan pantas. Aku siap mendaftar masuk bilik, membeli t-shirt dan beli lay-at tanpa barisan panjang. Aku suka !!

Subscribe to:
Posts (Atom)