Friday, 17 February 2012

Aku melangkah selangkah ke upsi

backdated entry ::

11 Feb 2012
Aku bertolak ke Tanjung Malim dengan menumpang seorang kenalan yang turut mempunyai misi yang sama dengan ku; mendaftarkan diri sebagai pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada keesokkan harinya. Kamu hanya berdua ditemani bag roda masing-masing di tempat duduk belakang dan bonet kereta. Tanpa fizikal ibubapa mahupun saudara mara. Tetapi aku yakin, mereka bersama menghantar kami dalam doa.

Tiba di Tanjung Malim 5 petang, terus menumpang di homestay yang disewa oleh seorang yang aku tidak kenal merangkap kenalan kepada kenalan aku ini. Sungguh baik hati beliau menumpangkan kami secara percuma. Bukan setakat tempat tidur, malah disediakan makan pada waktunya. Sungguh bertuah kami berdua. Semoga tuhan melimpahi rahmat ke atas mereka.

Jeles aku dengan beliau, hanya dia seorang yang akan mendaftar besok tetapi tiga buah kereta saudara mara datang untuk menghantar. Pergh..

12 Februari 2012
Biarpun sesi aku pada pukul 12 tengahari, aku tetap bersiap awal. Gara-gara mendapat mesej dari no 15888

"MAKLUMAN.Kesesakan bakal berlaku ditempat pendaftaran Kolej Za'ba. UPSI mencadangkan kendereaan pelajar/ibubapa diletakkan di Padang Kawad Kampus Baru."

Tapi apa kaitan dengan aku ?? Aku mendaftar di Kolej Harun Aminurashid(KHAR). So, abaikan. sebab selepas beberapa minit menyusul mesej ralat.

Alhamdulillah, pendaftaran berlaku dengan cepat tanpa sempat untuk lenguh kaki atau panas bontot. Tahniah pihak pengurusan KHAR. Cepat dan pantas. Aku siap mendaftar masuk bilik, membeli t-shirt dan beli lay-at tanpa barisan panjang. Aku suka !!



No comments:

Post a Comment