Saturday, 28 April 2012

Senandung Semalam


Stesen keretapi Sungai Petani

Dia sekadar memakai t-shirt buatan Siam dan jeans lusuh yang entah apa jenamanya.
Beralaskan selipar tesco berharga tiga ringgit lima puluh sen. Tergalas dibahu sebuah bagpack berjenama muka utara < The North Face> hasil rembatan ketika sesi jelajar Kemboja dua tahun lepas.  Ya, dia sememangnya berasal dari utara semenanjung Malaysia. Tidak lupa jaket yang dibeli di Bandung ketika lawatan ke Indonesia yang ditaja penuh oleh universiti ketika empat tahun lepas. Lusuh tapi cukup membantu ketika cuaca sejuk mencengkam tulang sumsum.

Ketika ini, dia sedang berbaring enak di atas katil empuk < ya empuk jika dibandingkan katil di kolej kediamannya sekarang>




Sambil telinga disumbatkan earphone yang tidak berjenama. Faham sajalah jika buatan china. Ehem..Lagu berputar secara random. Mulanya Najwa Latif- Cinta Muka. Kepala yang disarung tudung ekspres kelihatan terangguk-angguk kecil. Kemudian diselangi dengan Surah Al-Mulk. Terus terkaku. Bibir mulus itu kelihatan bergerak kecil. Mungkin sedang cuba mengikut bacaan qari/qariah itu. Britney Spears- Toxic menggantikan surah Al-Mulk. Kepala terangguk kecil. Begitulah seterusnya pergerakkan kecil yang dapat diperhatikan pada dia yang melayan lagu sendiri. Menikmati perjalanan menggunakan keretapi tanah melayu.

Badan dibaringkan. Kepala terletak elok di atas bantal. Selimut nipis hak milik KTMB ditarik ke paras bahu. Langsir dibiar separuh terbuka dihujung kaki supaya terasa penghawa dingin. Telinga masih disumbat dengan earphones. MP5 setia memainkan lagu-lagu yang disimpan. Mata tertutup perlahan. Selamat malam semua.


No comments:

Post a Comment