Friday, 4 March 2016

Koleksi kraf kitar semula

Sumber gambar adalah dari google dan facebookians.

Wednesday, 24 February 2016

Kempen 3K

Kempen 3K (kebersihan,kesihatan dan keselamatan) telah dilancarkan pada Isnin yang lepas.

Sudut 3K dipertandingkan. Antara perkara yang dinilai adalah sudut kreativiti menggunakan barang-barang kitar semula.
Cikgu sangatlah excited. Maka, dipengaruhi pelajar untuk membuat produk daripada barang yang boleh dimanfaatkan.

Cikgu excited, pelajar no idea. Huh !
Cikgu sediakan semua peralatan seperti gunting, gam, solatape, cutter dan warna(pelaka).

Pesan pelajar supaya bawa botol/majalah/akhbar/kotak/etc.
Malangnya, separuh daripada mereka tak bawa dengan pelbagai alasan yang cikgu tak suka.
"Terlupa", "tak jumpa", "kawan saya ambil".
Ermm....what to say ?
Tapi nak lancarkan proses pdp, cikgu bagi barang yang cikgu bawa. *_*

Ps : throwback time cikgu sekolaj dulu..semua bawa sendiri. *nangis*

Tuesday, 8 May 2012

Konvo

Sekarang minggu istiadat konvokesyen UPSI...Majlis istiadat di Kampus baru manakala pesta di Kampus Lama. Khabarnya, pesta tak semeriah seperti uni lain. Sekadar pelengkap agenda. Ntah ler..aku tak berminat nak pergi hasil dari cakap-cakap orang dan pandangan luar pagar UPSI kelihatan tiada apa-apa yang menarik. Setelah merujuk jadual program pun masih belum mampu menarik minat aku. Tak pe..bagi pihak penganjur harap dapat berusaha lebih gigih pada masa hadapan untuk buat yang lebih meriah.

Cerita pasal istiadat konvo ini, teringat masa aku konvo dulu. Tak best. Bukan sebab tak dapat naik pentas ke hapa..Aku masih berpeluang npakai jubah, naik pentas, jumpa Laxamana. jumpa kawan-kawan. Yang tak bestnya..aku tak sempat berjimba dengan kawan-kawan. Ah..momen yang tak dapat diulang semula...sama-sama lambung topi ijazah...lompat tak tinggi. dapat jambangan bunga. Aku ?? dah le bunga tak dapat...nak bergambar berjimba dengan kawan-kawan lepas konvo pun tak sempat..dengan keluarga pun ngak hado..sedih tak ?? Mau menyesal sepanjang hidup..Abeh jer majlis, family terus ajak balik. Alasan penat. Aku ?? Geram <dalam hati jer> 

Tak tau ker...aku tunggu bertahun-tahun untuk grad dalam tempoh masa yang ditetapkan. tak de extend ok !! Langsung tak dihargai. Sedih wow..atleast ade la gambor aku nak tunjuk untuk anak cucu esok..ke aku memang ditakdirkan takde masa nak tunjuk semua itu ?? 

Yang penting sekarang..bila aku teringat balik momen tu..aku memang sedih. boleh keluar air mata tahu..Bayangkan orang lain...dapat jambangan bunga...senyum-senyum tangkap gambar reramai. aku dok kalut nak balik..muka takyah kira la..masam kemarahan...Sedih ooooooo...

Saturday, 28 April 2012

Senandung Semalam


Stesen keretapi Sungai Petani

Dia sekadar memakai t-shirt buatan Siam dan jeans lusuh yang entah apa jenamanya.
Beralaskan selipar tesco berharga tiga ringgit lima puluh sen. Tergalas dibahu sebuah bagpack berjenama muka utara < The North Face> hasil rembatan ketika sesi jelajar Kemboja dua tahun lepas.  Ya, dia sememangnya berasal dari utara semenanjung Malaysia. Tidak lupa jaket yang dibeli di Bandung ketika lawatan ke Indonesia yang ditaja penuh oleh universiti ketika empat tahun lepas. Lusuh tapi cukup membantu ketika cuaca sejuk mencengkam tulang sumsum.

Ketika ini, dia sedang berbaring enak di atas katil empuk < ya empuk jika dibandingkan katil di kolej kediamannya sekarang>




Sambil telinga disumbatkan earphone yang tidak berjenama. Faham sajalah jika buatan china. Ehem..Lagu berputar secara random. Mulanya Najwa Latif- Cinta Muka. Kepala yang disarung tudung ekspres kelihatan terangguk-angguk kecil. Kemudian diselangi dengan Surah Al-Mulk. Terus terkaku. Bibir mulus itu kelihatan bergerak kecil. Mungkin sedang cuba mengikut bacaan qari/qariah itu. Britney Spears- Toxic menggantikan surah Al-Mulk. Kepala terangguk kecil. Begitulah seterusnya pergerakkan kecil yang dapat diperhatikan pada dia yang melayan lagu sendiri. Menikmati perjalanan menggunakan keretapi tanah melayu.

Badan dibaringkan. Kepala terletak elok di atas bantal. Selimut nipis hak milik KTMB ditarik ke paras bahu. Langsir dibiar separuh terbuka dihujung kaki supaya terasa penghawa dingin. Telinga masih disumbat dengan earphones. MP5 setia memainkan lagu-lagu yang disimpan. Mata tertutup perlahan. Selamat malam semua.


Tuesday, 17 April 2012

Wednesday Rainy

Hari ini, kelas enam berterusan. Namun lebih baik dari semalam, lima satu lima.
Penat dan tiada mood. Selesai kelas hujan turun. Batal semua perancangan selepas kelas.
Kononnya nak sibukkan diri dengan majlis ilmu di Bitara Siswa dengan Ustazah Zawiyah, kemudian menyelit dalam majlis 66 tahun RTM di SITC.
Mood yang sememangnya diparas bawah ditambah dengan hujan yang lebat sememangnya tidak menggalakkan pergerakan secara berjalan kaki yang kondusif. <caish...semua nak kondusif>
Keputusan, balik rumah dan rehat <baca : tido>
Sampai di rumah, sunyi. <tidak berpenghuni>
Masuk bilik. Ragu. Tengok tingkap terbuka luas. Di luar masih hujan. Hujan selebet-lebatnya.
Ingatan aku mengimbau kenangan pagi tadi sebelum ke kelas.
Rasanya dah tutup tingkap. Pasti !
Aduyai, siapa la yang buka dan tak tutup ni ?? <tentulah orang sebilik kan. buat tanya lagi>
Separuh tilam aku basah. Mood yang tak seberapa molek terus merangsang tekanan darah. Geram.
Sabar. Solat. Tido.