Stesen
keretapi Sungai Petani
Dia
sekadar memakai t-shirt buatan Siam dan jeans lusuh yang entah apa jenamanya.
Beralaskan
selipar tesco berharga tiga ringgit lima puluh sen. Tergalas dibahu sebuah
bagpack berjenama muka utara < The North Face> hasil rembatan ketika sesi
jelajar Kemboja dua tahun lepas. Ya, dia
sememangnya berasal dari utara semenanjung Malaysia. Tidak lupa jaket yang
dibeli di Bandung ketika lawatan ke Indonesia yang ditaja penuh oleh universiti
ketika empat tahun lepas. Lusuh tapi cukup membantu ketika cuaca sejuk
mencengkam tulang sumsum.
Ketika
ini, dia sedang berbaring enak di atas katil empuk < ya empuk jika
dibandingkan katil di kolej kediamannya sekarang>
Sambil
telinga disumbatkan earphone yang tidak berjenama. Faham sajalah jika buatan
china. Ehem..Lagu berputar secara random. Mulanya Najwa Latif- Cinta Muka.
Kepala yang disarung tudung ekspres kelihatan terangguk-angguk kecil. Kemudian
diselangi dengan Surah Al-Mulk. Terus terkaku. Bibir mulus itu kelihatan
bergerak kecil. Mungkin sedang cuba mengikut bacaan qari/qariah itu. Britney
Spears- Toxic menggantikan surah Al-Mulk. Kepala terangguk kecil. Begitulah
seterusnya pergerakkan kecil yang dapat diperhatikan pada dia yang melayan lagu
sendiri. Menikmati perjalanan menggunakan keretapi tanah melayu.
Badan
dibaringkan. Kepala terletak elok di atas bantal. Selimut nipis hak milik KTMB
ditarik ke paras bahu. Langsir dibiar separuh terbuka dihujung kaki supaya
terasa penghawa dingin. Telinga masih disumbat dengan earphones. MP5 setia
memainkan lagu-lagu yang disimpan. Mata tertutup perlahan. Selamat malam semua.